Thursday, 23 January 2014

Ana Bukan Ustaz/Ustazah tapi Ana seorang Da"ie


Kenangan di  PLKN  Syruz,Bukit Mertajam



Bismillah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang kepada hambaNya yang telah mengatur kehidupan hambaNya yang seorang ini untuk masuk ke UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS(Unimap). Sudah 1 sem.  berlalu,bermacam-macam perjalanan yang telah ku hadapi.Dari bidang Engineering terjun ke bidang Business menyebabkan perjalan pengajianku terbantut sikit. Program Kerohanian Unimap juga agak kurang. Inilah Universiti yang paling pelik yang saya pernah ketahui iaitu universiti yang berbentuk berserabut kampusnya.Aku juga ditempatkan bersama roomate yang agak pelik dan cool...tapi  kalau bab agama mereka agak kurang sikit...Aku pun Bukanla pandai sangatpun tapi sentiasa mendoakan agar hidayah dan taufiq senantiasa mengiringi mereka. 



Monday, 26 August 2013

Bid'ahkan perbuatan Menyapu Muka Setelah Solat???


Salah satu amalan yang ditentang oleh sekelompok kecil orang yang sebenarnya masih sangat awam dalam ilmu agama adalah masalah mengusap wajah setelah solat. Mereka berpendapat bahwa ini adalah bid’ah kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah melakukan. Maka dari itu, perkara ini perlulah dijawab secara ilmiah.
Seperti yang telah banyak dibahas, adanya ditinggalkan Nabi Muhammad SAW bukan berarti perkara tersebut adalah bid’ah yang sesat @ haram @ kalau melakukan maka akan masuk neraka.
Maka dalam hal ini, seorang ulama pembenteng Ahli Sunnah wal Jamaah di Indonesia telah menjawab isu ini di dalam kitabnya berjudul al-Hujjaj al-Qath’iyyah fi Shihhah al-Mu’taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66:
Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa. Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut:
عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه
diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)
Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta’ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat.
Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: “Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan” (al-Azkar, 69).
Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya.
-Pondok Habib-

Pray For Eygyt




Thursday, 1 November 2012

Nota Buat yang bergelar Pendakwah...


Wahai pendakwah,
Kami tercari-carimu,
Akan tetapi dirimu masih tidak muncul-muncul...
kemana perginya insan yang bergelar pendakwah?,
Bapa HAMKA pernah berkata : siapa yang mengucap kalimah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan MUHAMMAD ADALAH PESURUHNYA  dialah seorang pendakwah.
Pendakwah bukannya seorang ustaz atau manusia yang bergelar tok guru sahaja ,
kita juga ialah seorang pendakwah,pernahkah kita sedar kita ini seorang pendakwah???
tak pernah pun jawab seorang rakan saya....Kalau macam itu bermula dari saat ini bermulalah untuk mendakwah kerana kelak kat akhirat kita akan disoal,,apakah yang kita buat untuk memakmurkan agama yang diredai ALLAH ,time tu kalau kita jangan tak tau kita pasti akan kena pukul....dengan cemeti api neraka oleh malaikat Zabaniyah yang bengis.....Dakwah maksudnya menyeru ke arah kebaikan dengan mengikuti perintah ALLAH dan ikut ajaran RASULULLAH....tak semesti baca hadis atau ayat quran itu naMANYA DAKWAH AKAN TETAPI ITULAH YANG TERBAIK UNTUK KITA yang dipusakakan kepada kita oleh Rasulullah supaya kita tidak sesat dan jahil seperti ABU JAHAL....

Thursday, 30 August 2012

Erti Kemerdekaan...

Erti Kemerdekaan yang Sebenarnya.....


 Sebelum tangan memegang pena,ingin saya meluahkan apa yang maksud kemerdekaan bagi kamus kehidupan diri saya.Merdeka ertinya bebas,bebas dari sebarang bentuk penjajahan mahupun penjajahan kuasa-kuasa asing dari aspek sosial,siasah dan undang-undang.Selalu kita lihat orang muda masa kini kebanyakkannya silap tafsir akan makna kemerdekaan yang sebenar,sebagai contoh,kemerdekaan hanyalah saat tunggunya detik 12 malam 31 Ogos dan berhibur dengan makwe,awek,dan lain-lain...(yang tak perlu saya sebutkan).Persoalannya merdekakah kita dari penjajahan kuasa asing yang pernah menjajah kita dahulu???Jawapannya ya memang kita merdeka secara zahirnya tetapi secara batilnya kita tetap terkongkong dengan sistem penjajah yang pernah menjajah kita dahulu.Amat malanglah bangsa yang bergelar MALAYSIA ini menjadi sebuah negara yang kononnya mempunyai identiti sendiri tetapi ada rakyat dan pemimpinnya mengikut telunjuk penjajah yang dilaknat Allah..Asal malam merdeka je mesti ada anak muda yang kena tangkap khalwat,asal merdeka je ramai anak muda yang mengaku dirinya ISLAM mabuk bergelimpangan dek minum arak dan tuak....mana perginya semangat pahlawan melayu yang gagah seperti TUN PERAK???,Mana perginya Srikandi yang memperjuangkan Agama dan bangsa seperti Tun Fatimah???,Persoalan seperti itu masih ditunggu-tunggu.Ulama perlulah serius dalam hal ini,perlu berubah ke arah yang lebih drastik untuk Mengangkat martabat MELAYU ,CINA dan India serta Peribumi yang bergelar Muslim.Bukankah Setiap orang muslim itu bersaudara,Jikalau kesatuan Masyarakat Islam tidak bersatu,orang NON muslim tidak akan  tertarik dengan keindahan Islam .Tubuhkan Majlis Syura Malaysia,yang terdiri dari berbilang bangsa dan fahaman politik bincangkan masalah kesatuaan Ummah yang melanda Negara yang bergelar MALAYSIA ini.Kami Amat sayang Malaysia dan kami tidak mahu Malaysia jadi macam ummat terdahulu yang dihapus Allah walaupun mereka membangun tetapi mereka ingkar akan suruhan Allah dan rasulnya.KMalaysia sebuah negara yang membangun,kami mahu Negara Malaysia membangun bersama ISLAM,Islam bukan agama yang sempit,tetapi Islam agama yang meluas sesuai sepanjang zaman.

Sunday, 12 August 2012

Kenapa Remaja selalu dipersalahkan???

Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :



Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia