Thursday 26 April 2012

Peranan Remaja Islam


PERANAN REMAJA DAN CABARANNYA ..


"Remaja tonggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok" dan "Pemuda harapan bangsa" adalah sebahagian ungkapan yang sering kita dengar tentang remaja.Ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh golongan remaja, baik lelaki mahupun perempuan.Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu. (riwayat Bukhari)

Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah para remaja. Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.

Pandangan serong masyarakat masa kini menyebabkan remaja kian menyepi dari kehidupan masyarakat yang disini terdiri daripada warga tua.Tafsiran mendidik anak seperti orang tua terdahulu tidak boleh digunapakai lagi.Hal ini, remaja masa kini sedang diancam keganasan era globalisasi serta era budaya barat yang kian menular dalam kehidupan masa kini.Kita mungkin lihat banyak wanita memakai tudung tetapi tudung yang dipakainya masih menampakkan rambut. Tambahan lagi,wanita yang memakai tudung ini diperhuduhkan dengan fesyen budaya barat yang menampakkan susut dubur serta buah dada mereka.Remaja lelaki pula dilekakan dengan sukan yang ditaja oleh liga-liga barat .Meraka sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk melihat perlawan bola sepak walhal sangat liat untuk bangun untuk solat tahajjud dan berqiamullail.Selain itu, remaja dilekakan oleh sukan ini sehingga mereka terlepas waktu solat.

Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang tidak mencukupi didikan agama, mereka mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling juga akan turut sama musnah sedikit demi sedikit.Nasihat demi nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan. Semuanya untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya bersiap sedia dengan apa sahaja keadaan dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Apakah generasi kita benar-benar faham akan tanggungjawab mereka untuk mendambakan masa depan dengan desakan perubahan yang mungkin akan lebih drastik dan hebat?.Mereka juga seharusnya mengajak teman-teman seperjuangan mereka untuk bangun dan mersa lebih bertanggungjawab untuk menegakkan agama dan negara secara serentak.Hal ini persis ucapan Enstien yang bermaksud"Ilmu tanpa agama adalah buta".Kata ini bolehlah diqiyaskan atau disamakan dengan pemimpin yang jahil tentang agama ibarat pemimpin yang buta(maksudnya buta Hati@benak hati mereka). Sudahle nak pimpin orang tetapi tidak berupaya melihat cahaya kebenaran(Iaitu ISLAM).

Bersediakah mereka dengan apa jua keadaan yang akan berlaku?Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya.Apakah remaja hari ini menyedari bahawa mereka sedang melalui satu jalur perubahan yang semakin menjadikan mereka lupa kepada siapa mereka menyandarkan kerisauan dan keresahan mereka?Sedarkah kita bahawa generasi muda yang kita anggap sebagai penyambung warisan kita turut terkeliru dalam pengertian sebenar kehidupannya?

Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang betul untuk menjadi individu cemerlang dan bukan sahaja berguna kepada diri sendiri, malah juga kepada agama, bangsa dan juga negara.Oleh hal yang demikian,remaja perlulah mendekatkan diri dengan para ulama,menyertai aktiviti yang diadakan di Masjid atau Surau,serta menyemai aqidah Islam yang kuat di dalam hati.Aqidah adalah akar keimanan yang paling utama di dalam Islam.Aqidah bermaksud kepercayaan. Kalau remaja masa kini percaya dengan wujudnya Allah, mestilah tidak akan berlaku masalah sumbang mahrah, zina di bilik tetutup(hotel@asalkan arang tak nampak) dan Kecuriaan..

Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi. Remaja harus membuktikan bahawa mereka mampu mengiringi arus globalisasi yang kian rancak mendominasikan nilai  keagamaan dan kemanusiaan.

Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang boleh merencatkan pembangunan bangsa. Dengan itu, didikan perlu diberi sebelum mereka mencapai tahap umur yang dipanggil remaja.

Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-masing walau dalam apa jua keadaan. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar.

Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Sebagai abang, kakak, adik, kawan, jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.

Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.Remaja memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa.Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.

Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan landskap negara masa depan. Sebagai akhir kalam , saya ingin menyeru khususnya kepada institusi keagamaan di setiap Masjid dan surau supaya buat program khas untuk remaja.Terapkan semangat Usrah(keluarga) yang mampan agar remaja tidak terpesong jauh dari landasan illahi.Sekian Wassalamualaikum.

Ya Allah,kau bangunlah daripada kalangan remaja masa kini seorang pemimpin seperti kepemimpinan KHULAFA Ar-Rasyidin,Khalifa Umar Bin Abdul Aziz,Khalifa Harun Ar-Rasyid Sera Sultan Muhammad Al-Fateih.Moga Allah tegakkan Daulah Islamiah...Amin Ya Aziz....

No comments:

Post a Comment