ISU HUKUM AMALAN DUDUK DI ATAS KUBUR
Keputusan:Mesyuarat telah memutuskan isu hokum duduk diatas kubur adalah seperti berikut:-
1. Mesyuarat memutuskan bahawa amalan duduk di atas kubur adalah diharuskan
iaitu kawasan tepi kubur yang tidak ada mayat dibawahnya.
2. Mesyuarat juga memutuskan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang
bermaksud:- Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasullah bersabda “Jika kamu
duduk di atas bara api, lalu terbakar baju dan kulitmu,itu adalah lebih baik
bagimu daripada duduk di atas kubur.” Hadis ini bermaksud,melarang umat
Islam membuat sesuatu perkara yang tidak baik diatas kubur seperti
membuang najis dan sebagainya, Rujukan di dalam kitab ( I’anah thalibin ) m/s
121:haram duduk di atas kubur adalah bermaksud membuang najis di atasnya.
Juga diterangkan di dalam riwayat Ibni Wahbin dalam musnadnya yang
dimaksudkan dengan duduk di atas kubur ialah membuang air kecil atau besar.
3. Dalil dan hujah yang mengharuskan duduk di atas kubur (tepi kubur yang tidak
ada mayat di bawahnya) seperti berikut:
Dalil dari Hadis-hadis Rasullah s.a.w:
حد ثنا عبد ال بن ممد حد ثنا أبو عا مر حدثنا فليح بن سليمان عن بلل بن علئ عن أنس بن
مالك رضى ال عنه قال (شهدنا بنتا لرسول ال صلى ال عليه وسلم قل ورسول ال صلى ال
عليه وسلم جالس على القب قال فرأيت عينيه تدمعان قال فقال:هل منكم رجل ل يقارف
......الليلة؟ فقال أبو طلحة: أنا.قال : فانزل.قال فنل ف قبها
( (فتح البارى,الزء الثالث,داو الفكر,ص 151
Maksudnya:Kami hadir di pengkebumian anak perempuan Rasulullah s.a.w.Baginda duduk di
atas kubur dan aku melihat air matanya berlinang sambil bersabda: adakah di antara kamu
yang tidak jima’(melakukan persetubuhan) malam tadi?Abu Talhah menjawab:saya,Sabda
Rasulullah s.a.w: Engkau turunlah kedalam kuburnya.Lalu Abu Talhah turun dan
mengebumikannya….
حدثنا عثمان قال حدثن جرير عن سعد بن عبيدة عن أب عبد الرحن عن على
رضى ال عنه قال "كنا ف جنازة ف بقيع الغرقد,فأتانا النب صلي ال عليه وسلم
فقعد,وقعدنا حوله,ومعه مصرة,فنكس فجعل ينكت بخصرت
( (فتح البارى,الزء الثالث,دار الفكر,ص 225
Maksudnya: kami menghadiri (perkebumian) satu jenazah di Baqi’qarqod(nama kawasan
perkuburan di madinah) dan Nabi s.a.w dating kepada kami lalu Baginda duduk dan kami
pun duduk di sekeliling Baginda. Baginda membawa bersamanya sebatang tongkat lalu
baginda memalingkannya dan menggariskan tanah dengan tongkat…..
No comments:
Post a Comment