Thursday, 26 April 2012

Cinta Allah,Cinta nabi @Cinta teman Special????


::BERCINTA SAMPAI SYURGA::


Jika berbicara pasal cinta, pasti ramai yang ingin memberikan pandangan. Jika dikaitkan pula antara remaja dan cinta….Ahh...TIDAK….tidak apa? Tidak dapat dielakkan…. Kisah suka duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair. Rasa itu berubah menjadi bait-bait lagu yang indah. Habis semua ciptaan Allah dijadikan metafora dan analogi dalam penciptaan lagu. Tidak cukup dengan itu, jika putus cinta, lahir pula luahan perasaan yang menyusuk kalbu menceritakan kekecewaan yang teramat pahit untuk ditelan. Tidak percaya? Cuba teliti lirik lagu ini………..
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Namun, tulisan kali ini bukanlah untuk menceritakan kisah keasyikan bercinta atau kecewa bercinta, tetapi nak memahami hieraki cinta. Sebelum kita melafazkan cinta kepada seseorang, siapa harus kita cintai dulu? Siapa yang layak menerima cinta kita? Jika kita mengikut hieraki ini, cinta itulah yang boleh dibawa hingga ke syurga….

Bersempena sambutan maulidur rasul ini, ingin saya mengajak diri sendiri dan anak didik semua memahami hieraki cinta. Cinta kedua paling agung selepas mencintai Allah SWT ialah cinta kepada Rasulullah….
Bagaimana kita nak mencintai Rasulullah SAW? Terdapat banyak cara. Antara yang paling mudah ialah berselawat ke atas nabi. Seperti sabda nabi SAW: barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat – Thabrani

Keduanya, mengamalkan sunah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Seperti dalam hadis :"Barang siapa yang menghidupkan sunahku, sungguh ia cinta padaku dan barang siapa yang cinta
kepadaku, maka ia akan disyurga bersamaku. (HR. Imam Bukhari dan Muslim).
Selain daripada itu menyampaikan ilmu yang diperolehi untuk manfaat umum. Tugas ini ialah amanah kita sebagai khalifah di muka bumi ini…dan tugas menyampaikan risalah nubuwwah ialah usaha kita menyambung perjuangan nabi menyebarkan islam.

Kita juga harus menjadikan Rasulullah sebagai ikutan yang baik. Firman Allah S.W.T yang bermaksud “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(Surah Al-Ahzaab: ayat 21)
Kenapa kita perlu mencintai Rasulullah?
Sebab kita nak bersama nabi di syurga. Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Untuk itu, mencintai Rasulullah menjadi prasyarat untuk bersama baginda di syurga. Selain itu juga, kita akan disayangi oleh Rasulullah sekiranya rajin mengamalkan sunahnya, mencintai dan menjadikan Rasullullah sebagai contoh ikutan. Tidakkah kita ingin bersama nabi di syurga? Maka marilah kita semaikan cinta kepada Rasullullah agar wujud perasaan
BERCINTA SAMPAI SYURGA……….

No comments:

Post a Comment