Thursday, 1 November 2012

Nota Buat yang bergelar Pendakwah...


Wahai pendakwah,
Kami tercari-carimu,
Akan tetapi dirimu masih tidak muncul-muncul...
kemana perginya insan yang bergelar pendakwah?,
Bapa HAMKA pernah berkata : siapa yang mengucap kalimah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan MUHAMMAD ADALAH PESURUHNYA  dialah seorang pendakwah.
Pendakwah bukannya seorang ustaz atau manusia yang bergelar tok guru sahaja ,
kita juga ialah seorang pendakwah,pernahkah kita sedar kita ini seorang pendakwah???
tak pernah pun jawab seorang rakan saya....Kalau macam itu bermula dari saat ini bermulalah untuk mendakwah kerana kelak kat akhirat kita akan disoal,,apakah yang kita buat untuk memakmurkan agama yang diredai ALLAH ,time tu kalau kita jangan tak tau kita pasti akan kena pukul....dengan cemeti api neraka oleh malaikat Zabaniyah yang bengis.....Dakwah maksudnya menyeru ke arah kebaikan dengan mengikuti perintah ALLAH dan ikut ajaran RASULULLAH....tak semesti baca hadis atau ayat quran itu naMANYA DAKWAH AKAN TETAPI ITULAH YANG TERBAIK UNTUK KITA yang dipusakakan kepada kita oleh Rasulullah supaya kita tidak sesat dan jahil seperti ABU JAHAL....

Thursday, 30 August 2012

Erti Kemerdekaan...

Erti Kemerdekaan yang Sebenarnya.....


 Sebelum tangan memegang pena,ingin saya meluahkan apa yang maksud kemerdekaan bagi kamus kehidupan diri saya.Merdeka ertinya bebas,bebas dari sebarang bentuk penjajahan mahupun penjajahan kuasa-kuasa asing dari aspek sosial,siasah dan undang-undang.Selalu kita lihat orang muda masa kini kebanyakkannya silap tafsir akan makna kemerdekaan yang sebenar,sebagai contoh,kemerdekaan hanyalah saat tunggunya detik 12 malam 31 Ogos dan berhibur dengan makwe,awek,dan lain-lain...(yang tak perlu saya sebutkan).Persoalannya merdekakah kita dari penjajahan kuasa asing yang pernah menjajah kita dahulu???Jawapannya ya memang kita merdeka secara zahirnya tetapi secara batilnya kita tetap terkongkong dengan sistem penjajah yang pernah menjajah kita dahulu.Amat malanglah bangsa yang bergelar MALAYSIA ini menjadi sebuah negara yang kononnya mempunyai identiti sendiri tetapi ada rakyat dan pemimpinnya mengikut telunjuk penjajah yang dilaknat Allah..Asal malam merdeka je mesti ada anak muda yang kena tangkap khalwat,asal merdeka je ramai anak muda yang mengaku dirinya ISLAM mabuk bergelimpangan dek minum arak dan tuak....mana perginya semangat pahlawan melayu yang gagah seperti TUN PERAK???,Mana perginya Srikandi yang memperjuangkan Agama dan bangsa seperti Tun Fatimah???,Persoalan seperti itu masih ditunggu-tunggu.Ulama perlulah serius dalam hal ini,perlu berubah ke arah yang lebih drastik untuk Mengangkat martabat MELAYU ,CINA dan India serta Peribumi yang bergelar Muslim.Bukankah Setiap orang muslim itu bersaudara,Jikalau kesatuan Masyarakat Islam tidak bersatu,orang NON muslim tidak akan  tertarik dengan keindahan Islam .Tubuhkan Majlis Syura Malaysia,yang terdiri dari berbilang bangsa dan fahaman politik bincangkan masalah kesatuaan Ummah yang melanda Negara yang bergelar MALAYSIA ini.Kami Amat sayang Malaysia dan kami tidak mahu Malaysia jadi macam ummat terdahulu yang dihapus Allah walaupun mereka membangun tetapi mereka ingkar akan suruhan Allah dan rasulnya.KMalaysia sebuah negara yang membangun,kami mahu Negara Malaysia membangun bersama ISLAM,Islam bukan agama yang sempit,tetapi Islam agama yang meluas sesuai sepanjang zaman.

Sunday, 12 August 2012

Kenapa Remaja selalu dipersalahkan???

Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :



Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia

NASIHAT RASUL KEPADA PARA REMAJA

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Monday, 30 July 2012

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..


Sabda Baginda Rasulullah S.A.W:

Bulan ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan, dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka.
(Hadis Riwayat Imam At-tabrani)


Sinar Ramadan menjengah kembali,setelah sekian lama menyepi,tahun ini Ramadan 1433 H/2012 merupakan Ramadan pertama buatku di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.Keadaan Ramadan disini sungguh berbeza dgn keadaan di SMTSPP dahulu.Karenah pelajar di sini lebih menyakitkan hatiku taktala geng budak nakal SMTSPP bercampur ngan geng Sekolah lain.Hujung minggu ibarat macam tak cuti saja buatku.Kadang-kadangku fikirkan la juga nasibku ini bagaimana hendak menjadi seorang abang @ ketua keluarga akan datang untuk menjadi role model kpd adik-adikku.Aku harap Allah mempermudahkan jalanku supaya aku menjadi seorang jurutera kelak yang bukan sahaja dapat membangunkan teknologi,bangunan dan mesin tetapi seorang jurutera yang mampu menegakkan jua agama Allah yang mulia ini.Aku juga berharap dgn kepakaran kejuruteraanku kelak dapat membantu menjana ekonomi umat Islam di negera ini dan seluruh pelusuk dunia.Bukannya pangkat IR yang ku kejar di dalam hidupku akan tetapi mardhotillah yang ku cari.....itulah prinsipku hatta nyawa belum diambil Illahi...Arwah ayah juga ada berpesan supaya aku belajar elok-elok agar jadi anak yang boleh bantu keluarga...al-maklumlah anak sulong.....Jasa arwah ayah amatlah ku kenang ,segar di dalam ingatanku ketika kami mengalami masalah kewangan ayah sanggup dengan muka yang tebal berhutang dgn kedai tok lang,kadang-kadang minyak motornya pun tak diisi asbabnya duit dibelanjakan untuk anak-anaknya bersekolah.Seunsai Al-Fatihah buat arwah Ayahku yang telah pergi meninggalkan kami pada 8/11/2011 yang lalu.Moga Rohnya ditempatkan dikalangan orang yang mendapat syafaat Rasulullah dan bersama dengan orang-orang yang beriman.....

Tuesday, 10 July 2012


Ulama: Dimuliakan @ Hormat???


Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.

Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Islam menyuruh kita menghormati ulama atau disebut tauqir al-‘ulama tetapi tidak membenarkan kita mensucikan mereka atau taqdis al-‘ulama. Kita menghormati mereka kerana keilmuan mereka. Apabila mereka berbicara dan bertindak dalam kerangka ilmu, maka dihormati dan disayangi. Kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang hormat dan sopan.
Namun, dalam masa yang sama kita tidak dibenarkan menganggap mereka suci dari kesilapan dan kesalahan. Mereka bukanlah para rasul yang setiap tindakan mereka yang berkaitan dengan agama dianggap hujah. Adapun para ulama mereka terdedah kepada salah dan silap, sama seperti manusia lain. Apabila ternyata mereka salah, atau silap kita tidak boleh mengikut kesalahan kesilapan itu. Dalam ertikata lain, kita menghormati, bukan mensucikan mereka.

Perkara yang begitu asas sebegini kadang kala gagal difahami oleh sesetengah umat Islam. Apabila mereka menghormati seseorang tokoh agama, mereka seakan menganggap pendapatnya suci, atau bagaikan wahyu yang mesti diikut tanpa perlu mengetahui alasan dan hujahnya. Mengikut secara ‘membabi buta’. Mereka letakkan tokoh-tokoh agama itu bagaikan nabi dan rasul.
Akhirnya, mereka mandulkan akal dan kewarasan mereka dengan mengikuti segala yang dititah atau pendapat yang dinyatakan oleh tokoh itu sekalipun ilmu dan akal yang Allah anugerahkan menyanggahinya. Ia amat berbahaya. Jika tokoh agama itu meminta wang daripada mereka, sekalipun tidak jelas alasannya mereka berikan. Jika tokoh agama itu memberikan pendapat dalam sesuatu perkara sekalipun ternyata salah dari segi angka dan fakta, mereka tetap telan dan terus menyanjung pendapat itu. Jika tokoh agama itu agung-agungkan dirinya dan menganggap dia luar biasa, sehingga ternyata kepada mereka yang bebas dari unsur ketaksuban bahawa itu adalah ‘takabur yang nyata’, namun pengikutnya tetap mencium tangan dan berkata ‘benar!’.
Maka bukan sedikit dalam sepanjang sejarah, atas nama agama atau tokoh agama eksploitasi terhadap akal, maruah, harta, kuasa dan berbagai lagi yang berlaku. Sebab itu Islam menentang sebarang unsur pemujaan kepada manusia sehingga mengenepikan ajaran Allah S.W.T dan RasulNya s.a.w.
Siapakah dalam kalangan ulama yang merasakan dirinya lebih baik daripada Saidina Abu Bakr al-Siddiq? Jika Abu Bakr berucap pada hari perlantikannya: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361), apakah layak untuk seseorang selain Abu Bakr berkata: “Aku mufti aku mesti betul”, atau “Aku tok guru aku tak akan salah”, atau “Aku ustaz, kau siapa?!”.
Perkara ini perlu sentiasa ditegaskan, agar kita mengetahui dan selalu sedar bahawa gelaran ‘ulama’, ‘tok guru’, ‘ustaz’, ‘kiyai’, dan berbagai lagi, hanyalah pemberian dan panggilan yang diberikan oleh manusia. Ia hanyalah anggapan baik atas faktor-faktor luaran yang dilihat pada seseorang dan persepsi yang ada dalam gambaran pihak yang memanggil atau memberikan gelaran tersebut.

Samalah juga dengan Professor, Dr dan seumpamanya, walaupun ia menerusi proses yang tertentu, namun itu bukan pertabalan yang ditetapkan Allah seperti pertabalan nabi dan rasul. Ertinya, gelaran-gelaran itu bukanlah jaminan untuk mereka tidak salah, atau melakukan dosa kecil mahupun besar. Ia bukan jaminan kemaksuman. Ia hanya sangkaan baik sesama manusia.
Sebab itu, ada golongan yang dinamakan ‘ulama jahat’. Maka, hormati golongan agama dengan kadar-kadarnya, namun jika ada pandangan atau tindakan mereka melampaui batasan kebenaran dan ilmu, kita akan menyanggahi atau berbeza dengannya tanpa perlu mengukur kadar ‘gelaran’ atau berat serban, atau labuh jubah yang dipakai.
Masyarakat Islam Malaysia hari ini antara masyarakat yang agak berharta. Maka, ramailah yang datang dari dalam negara dalam luar menonjolkan berbagaikan kelebihan agama yang sebahagian mereka mempunyai agenda ‘wang besar’ ke atas kita. Cerita-cerita keajaiban kiyai itu dan ini mula kedengaran. Kehebatan jampi dan air liur tok guru itu dan ini mula dipromosikan. Ramai yang menjadi kaya kerananya. Jika ini tidak dibendung, ia akan menjerumuskan masyarakat kita kepada minda khurafat, bukan minda kewarasan dan ilmu.Pengajarannya,usahlah taksub atau ikut membuta tuli akan kita kepada guru kita.kita juga haruslah berfikiran waras di dalam menilai sesuatu pendapat yang dikeluarkan mereka.