Wednesday, 23 May 2012

cIRI PEMIPIN ISLAM

Ciri pemimpin pilihan Muslim Sejati

>>Pemimpin yang adil dan saksama kepada rakyatnya.
>>Pemimpin yang petah berpidato
>>Pemimpin yang menunaikan janjinya
>>Pemimpin Yang lantang membela Islam
>>Pemimpin yang bersederhana walaupun menjawat jawatan Tinggi.
>>Pemimpin yang kerapkali solat Jamaah bersama Rakyat
>>Pemimpin yang tidak Makan Harta Rakyat
>>pemimpin yang  membangunkan rakyat dari semua aspek dunia dan akhirat.
>>Pemimpin yang pandai mengambil hati rakyat
>>pemimpin yang takut kepada Allah
>>Pemimpin yang mengamalkan syariat Allah
>>pemimpin yang tidak suka akan kemaksiatan.
>>pemimpin yang tidak suka memberi lesen kepada tokey kasino dan arak bertapak di negaranya.
>>pemimpin yang tidak redha akan rasuah dalam pentadbirannya.
>>pemimpin yang suka menyampaikan mengenai kebaikkan Islam
>>pemimpin yang senantiasa mengengatkan rakyatnya kepada kematian
>>Pemimpin yang senantisa menyuruh rakyatnya berfikir mengenai mukjizat Allah
>>pemimpin yang senantiasa turun padang
>>pemimpin yang Senantiasa mendoakan kesejahteraan rakyatnya.
>>>>BANYAK LAGI CIRI-CIRI PEMIMPIN  YANG DIGAZETKAN OLEH AL-QURAN DAN HADIS<<<<

Monday, 21 May 2012

Jika Aku tidak tegas,manusia akan rosak,maka aku terpaksa bercakap yang benar untuk menegakkan Ahli Sunnah-Imam Ahmad Bin Hanbal

.>>>>Inilah Pendirian tegas seorang ulama yang muktabar apabila disuruh memberi fatwa berkenaan Al-Quran sebagai makhluk atau pencipta.Imam Ahmad Bin Hanbal dengan tegasnya menjawab bahawa Al-Quran itu ialah kalamullah walaupun ulama-ulama yang berfahaman muktazilah amatlah berpengaruh.
Sifat seorang ulama sebeginilah kita harus ikuti dan amalkan bukannya sikap segelintir Mufti dek gila kuasa mengejar kepentingan dunia dari mengejar Islam yang hakiki.Sesuatu perhimpunan untuk menuntut keadilan serta ketelusan dalam pemilihan pemimpin tidaklah boleh dikatakan haram .Hal ini disebabkan oleh kerana sikap pemimpin yang tidak disenangi serta tidak membawa manfaat kpd ISLAM  haruslah di ganti dgn pemimpin yang lebih berjiwa ISLAM serta senantiasa menegakkan kebenaran di dalam kalangan rakyatnya..

Sunday, 6 May 2012

Nota buat Insan

Nota Buat Yang Bergelar Insan

Wahai tuhan yang Maha Agung,
Wahai tuhan yang memiliki kerajaaan langit dan bumi,
Kami insanmu yang lemah,
Insan yang kerdil,
Umat kepada kekasihmu,
Muhammad Bin Abdullah S.A.W,
Kami merindui baginda,
Kami merindui kepimpinan baginda,
Kepimpinan yang adil lagi bersih,
Kepimpinannya diredhai Allah Azzawajalla,
Kepimpinan yang mengikut syariatMu,
Hatta zaman beralih ke era globalisasi,
Islam hanya tinggal sebagai nama,
Banyak Masjid yang berdiri Indah,
Syariat Islam sudah ditinggalkan,
Kepemimpinan sekularisme mula menjalar,
Disaat ini Islam dipisahkan dari politik,
Disaat ini juga umat Islam sudah mula diperkotak-katikkan oleh tentera Al-Masih Dajal,
Zaman dahulu yang menjadi zaman keemasan Islam hanya tinggal sejarah di dalam Buku Teks,
Zaman itu sudah berlalu,
Ibu bapa disibukkan dengan dunia yang fana ,
Menjadi hamba abdi,
Hatta tanggungjawab dilupakan,
Anak-anak terlibat dengan dengan gejala sosial,
Uswah Rasulullah diabaikan,
Rela perjuang bangsa dari agama,
Dimanakah mulianya sesuatu bangsa kalau bukan kerana Islam,
Umar Al-Faruq pernah berkata,
Taktala menjadi pemimpin kepada umat Islam,
Kemuliaan kita hanyalah Islam,
Bukan kita mulia sebab Nabi Akhir zaman dari bangsa Arab,
Mutahir,Hasil korupsi dijadi rezeki,
Fitnah kalangan manusia semakin berleluasa,
Media menjadi pengantara,
Usah sebar berita sedemikian,
Kelak kalian akan dibaham neraka jahannam,
Ayuh ummah ulul Albab,
Ayuh kita bangun,
Bangun dari kejahilan,
Bangun Dari Kesesatan,
Kita semai jasa kepada agama Islam tercinta,
Agar Islam terus bersama,
Hatta sampai akhirat kelak.