Sunday 6 May 2012

Nota buat Insan

Nota Buat Yang Bergelar Insan

Wahai tuhan yang Maha Agung,
Wahai tuhan yang memiliki kerajaaan langit dan bumi,
Kami insanmu yang lemah,
Insan yang kerdil,
Umat kepada kekasihmu,
Muhammad Bin Abdullah S.A.W,
Kami merindui baginda,
Kami merindui kepimpinan baginda,
Kepimpinan yang adil lagi bersih,
Kepimpinannya diredhai Allah Azzawajalla,
Kepimpinan yang mengikut syariatMu,
Hatta zaman beralih ke era globalisasi,
Islam hanya tinggal sebagai nama,
Banyak Masjid yang berdiri Indah,
Syariat Islam sudah ditinggalkan,
Kepemimpinan sekularisme mula menjalar,
Disaat ini Islam dipisahkan dari politik,
Disaat ini juga umat Islam sudah mula diperkotak-katikkan oleh tentera Al-Masih Dajal,
Zaman dahulu yang menjadi zaman keemasan Islam hanya tinggal sejarah di dalam Buku Teks,
Zaman itu sudah berlalu,
Ibu bapa disibukkan dengan dunia yang fana ,
Menjadi hamba abdi,
Hatta tanggungjawab dilupakan,
Anak-anak terlibat dengan dengan gejala sosial,
Uswah Rasulullah diabaikan,
Rela perjuang bangsa dari agama,
Dimanakah mulianya sesuatu bangsa kalau bukan kerana Islam,
Umar Al-Faruq pernah berkata,
Taktala menjadi pemimpin kepada umat Islam,
Kemuliaan kita hanyalah Islam,
Bukan kita mulia sebab Nabi Akhir zaman dari bangsa Arab,
Mutahir,Hasil korupsi dijadi rezeki,
Fitnah kalangan manusia semakin berleluasa,
Media menjadi pengantara,
Usah sebar berita sedemikian,
Kelak kalian akan dibaham neraka jahannam,
Ayuh ummah ulul Albab,
Ayuh kita bangun,
Bangun dari kejahilan,
Bangun Dari Kesesatan,
Kita semai jasa kepada agama Islam tercinta,
Agar Islam terus bersama,
Hatta sampai akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment