Monday, 21 May 2012

Jika Aku tidak tegas,manusia akan rosak,maka aku terpaksa bercakap yang benar untuk menegakkan Ahli Sunnah-Imam Ahmad Bin Hanbal

.>>>>Inilah Pendirian tegas seorang ulama yang muktabar apabila disuruh memberi fatwa berkenaan Al-Quran sebagai makhluk atau pencipta.Imam Ahmad Bin Hanbal dengan tegasnya menjawab bahawa Al-Quran itu ialah kalamullah walaupun ulama-ulama yang berfahaman muktazilah amatlah berpengaruh.
Sifat seorang ulama sebeginilah kita harus ikuti dan amalkan bukannya sikap segelintir Mufti dek gila kuasa mengejar kepentingan dunia dari mengejar Islam yang hakiki.Sesuatu perhimpunan untuk menuntut keadilan serta ketelusan dalam pemilihan pemimpin tidaklah boleh dikatakan haram .Hal ini disebabkan oleh kerana sikap pemimpin yang tidak disenangi serta tidak membawa manfaat kpd ISLAM  haruslah di ganti dgn pemimpin yang lebih berjiwa ISLAM serta senantiasa menegakkan kebenaran di dalam kalangan rakyatnya..

No comments:

Post a Comment