Thursday, 1 November 2012

Nota Buat yang bergelar Pendakwah...


Wahai pendakwah,
Kami tercari-carimu,
Akan tetapi dirimu masih tidak muncul-muncul...
kemana perginya insan yang bergelar pendakwah?,
Bapa HAMKA pernah berkata : siapa yang mengucap kalimah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan MUHAMMAD ADALAH PESURUHNYA  dialah seorang pendakwah.
Pendakwah bukannya seorang ustaz atau manusia yang bergelar tok guru sahaja ,
kita juga ialah seorang pendakwah,pernahkah kita sedar kita ini seorang pendakwah???
tak pernah pun jawab seorang rakan saya....Kalau macam itu bermula dari saat ini bermulalah untuk mendakwah kerana kelak kat akhirat kita akan disoal,,apakah yang kita buat untuk memakmurkan agama yang diredai ALLAH ,time tu kalau kita jangan tak tau kita pasti akan kena pukul....dengan cemeti api neraka oleh malaikat Zabaniyah yang bengis.....Dakwah maksudnya menyeru ke arah kebaikan dengan mengikuti perintah ALLAH dan ikut ajaran RASULULLAH....tak semesti baca hadis atau ayat quran itu naMANYA DAKWAH AKAN TETAPI ITULAH YANG TERBAIK UNTUK KITA yang dipusakakan kepada kita oleh Rasulullah supaya kita tidak sesat dan jahil seperti ABU JAHAL....

Thursday, 30 August 2012

Erti Kemerdekaan...

Erti Kemerdekaan yang Sebenarnya.....


 Sebelum tangan memegang pena,ingin saya meluahkan apa yang maksud kemerdekaan bagi kamus kehidupan diri saya.Merdeka ertinya bebas,bebas dari sebarang bentuk penjajahan mahupun penjajahan kuasa-kuasa asing dari aspek sosial,siasah dan undang-undang.Selalu kita lihat orang muda masa kini kebanyakkannya silap tafsir akan makna kemerdekaan yang sebenar,sebagai contoh,kemerdekaan hanyalah saat tunggunya detik 12 malam 31 Ogos dan berhibur dengan makwe,awek,dan lain-lain...(yang tak perlu saya sebutkan).Persoalannya merdekakah kita dari penjajahan kuasa asing yang pernah menjajah kita dahulu???Jawapannya ya memang kita merdeka secara zahirnya tetapi secara batilnya kita tetap terkongkong dengan sistem penjajah yang pernah menjajah kita dahulu.Amat malanglah bangsa yang bergelar MALAYSIA ini menjadi sebuah negara yang kononnya mempunyai identiti sendiri tetapi ada rakyat dan pemimpinnya mengikut telunjuk penjajah yang dilaknat Allah..Asal malam merdeka je mesti ada anak muda yang kena tangkap khalwat,asal merdeka je ramai anak muda yang mengaku dirinya ISLAM mabuk bergelimpangan dek minum arak dan tuak....mana perginya semangat pahlawan melayu yang gagah seperti TUN PERAK???,Mana perginya Srikandi yang memperjuangkan Agama dan bangsa seperti Tun Fatimah???,Persoalan seperti itu masih ditunggu-tunggu.Ulama perlulah serius dalam hal ini,perlu berubah ke arah yang lebih drastik untuk Mengangkat martabat MELAYU ,CINA dan India serta Peribumi yang bergelar Muslim.Bukankah Setiap orang muslim itu bersaudara,Jikalau kesatuan Masyarakat Islam tidak bersatu,orang NON muslim tidak akan  tertarik dengan keindahan Islam .Tubuhkan Majlis Syura Malaysia,yang terdiri dari berbilang bangsa dan fahaman politik bincangkan masalah kesatuaan Ummah yang melanda Negara yang bergelar MALAYSIA ini.Kami Amat sayang Malaysia dan kami tidak mahu Malaysia jadi macam ummat terdahulu yang dihapus Allah walaupun mereka membangun tetapi mereka ingkar akan suruhan Allah dan rasulnya.KMalaysia sebuah negara yang membangun,kami mahu Negara Malaysia membangun bersama ISLAM,Islam bukan agama yang sempit,tetapi Islam agama yang meluas sesuai sepanjang zaman.

Sunday, 12 August 2012

Kenapa Remaja selalu dipersalahkan???

Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :



Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia

NASIHAT RASUL KEPADA PARA REMAJA

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Monday, 30 July 2012

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..


Sabda Baginda Rasulullah S.A.W:

Bulan ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan, dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka.
(Hadis Riwayat Imam At-tabrani)


Sinar Ramadan menjengah kembali,setelah sekian lama menyepi,tahun ini Ramadan 1433 H/2012 merupakan Ramadan pertama buatku di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.Keadaan Ramadan disini sungguh berbeza dgn keadaan di SMTSPP dahulu.Karenah pelajar di sini lebih menyakitkan hatiku taktala geng budak nakal SMTSPP bercampur ngan geng Sekolah lain.Hujung minggu ibarat macam tak cuti saja buatku.Kadang-kadangku fikirkan la juga nasibku ini bagaimana hendak menjadi seorang abang @ ketua keluarga akan datang untuk menjadi role model kpd adik-adikku.Aku harap Allah mempermudahkan jalanku supaya aku menjadi seorang jurutera kelak yang bukan sahaja dapat membangunkan teknologi,bangunan dan mesin tetapi seorang jurutera yang mampu menegakkan jua agama Allah yang mulia ini.Aku juga berharap dgn kepakaran kejuruteraanku kelak dapat membantu menjana ekonomi umat Islam di negera ini dan seluruh pelusuk dunia.Bukannya pangkat IR yang ku kejar di dalam hidupku akan tetapi mardhotillah yang ku cari.....itulah prinsipku hatta nyawa belum diambil Illahi...Arwah ayah juga ada berpesan supaya aku belajar elok-elok agar jadi anak yang boleh bantu keluarga...al-maklumlah anak sulong.....Jasa arwah ayah amatlah ku kenang ,segar di dalam ingatanku ketika kami mengalami masalah kewangan ayah sanggup dengan muka yang tebal berhutang dgn kedai tok lang,kadang-kadang minyak motornya pun tak diisi asbabnya duit dibelanjakan untuk anak-anaknya bersekolah.Seunsai Al-Fatihah buat arwah Ayahku yang telah pergi meninggalkan kami pada 8/11/2011 yang lalu.Moga Rohnya ditempatkan dikalangan orang yang mendapat syafaat Rasulullah dan bersama dengan orang-orang yang beriman.....

Tuesday, 10 July 2012


Ulama: Dimuliakan @ Hormat???


Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.

Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Islam menyuruh kita menghormati ulama atau disebut tauqir al-‘ulama tetapi tidak membenarkan kita mensucikan mereka atau taqdis al-‘ulama. Kita menghormati mereka kerana keilmuan mereka. Apabila mereka berbicara dan bertindak dalam kerangka ilmu, maka dihormati dan disayangi. Kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang hormat dan sopan.
Namun, dalam masa yang sama kita tidak dibenarkan menganggap mereka suci dari kesilapan dan kesalahan. Mereka bukanlah para rasul yang setiap tindakan mereka yang berkaitan dengan agama dianggap hujah. Adapun para ulama mereka terdedah kepada salah dan silap, sama seperti manusia lain. Apabila ternyata mereka salah, atau silap kita tidak boleh mengikut kesalahan kesilapan itu. Dalam ertikata lain, kita menghormati, bukan mensucikan mereka.

Perkara yang begitu asas sebegini kadang kala gagal difahami oleh sesetengah umat Islam. Apabila mereka menghormati seseorang tokoh agama, mereka seakan menganggap pendapatnya suci, atau bagaikan wahyu yang mesti diikut tanpa perlu mengetahui alasan dan hujahnya. Mengikut secara ‘membabi buta’. Mereka letakkan tokoh-tokoh agama itu bagaikan nabi dan rasul.
Akhirnya, mereka mandulkan akal dan kewarasan mereka dengan mengikuti segala yang dititah atau pendapat yang dinyatakan oleh tokoh itu sekalipun ilmu dan akal yang Allah anugerahkan menyanggahinya. Ia amat berbahaya. Jika tokoh agama itu meminta wang daripada mereka, sekalipun tidak jelas alasannya mereka berikan. Jika tokoh agama itu memberikan pendapat dalam sesuatu perkara sekalipun ternyata salah dari segi angka dan fakta, mereka tetap telan dan terus menyanjung pendapat itu. Jika tokoh agama itu agung-agungkan dirinya dan menganggap dia luar biasa, sehingga ternyata kepada mereka yang bebas dari unsur ketaksuban bahawa itu adalah ‘takabur yang nyata’, namun pengikutnya tetap mencium tangan dan berkata ‘benar!’.
Maka bukan sedikit dalam sepanjang sejarah, atas nama agama atau tokoh agama eksploitasi terhadap akal, maruah, harta, kuasa dan berbagai lagi yang berlaku. Sebab itu Islam menentang sebarang unsur pemujaan kepada manusia sehingga mengenepikan ajaran Allah S.W.T dan RasulNya s.a.w.
Siapakah dalam kalangan ulama yang merasakan dirinya lebih baik daripada Saidina Abu Bakr al-Siddiq? Jika Abu Bakr berucap pada hari perlantikannya: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361), apakah layak untuk seseorang selain Abu Bakr berkata: “Aku mufti aku mesti betul”, atau “Aku tok guru aku tak akan salah”, atau “Aku ustaz, kau siapa?!”.
Perkara ini perlu sentiasa ditegaskan, agar kita mengetahui dan selalu sedar bahawa gelaran ‘ulama’, ‘tok guru’, ‘ustaz’, ‘kiyai’, dan berbagai lagi, hanyalah pemberian dan panggilan yang diberikan oleh manusia. Ia hanyalah anggapan baik atas faktor-faktor luaran yang dilihat pada seseorang dan persepsi yang ada dalam gambaran pihak yang memanggil atau memberikan gelaran tersebut.

Samalah juga dengan Professor, Dr dan seumpamanya, walaupun ia menerusi proses yang tertentu, namun itu bukan pertabalan yang ditetapkan Allah seperti pertabalan nabi dan rasul. Ertinya, gelaran-gelaran itu bukanlah jaminan untuk mereka tidak salah, atau melakukan dosa kecil mahupun besar. Ia bukan jaminan kemaksuman. Ia hanya sangkaan baik sesama manusia.
Sebab itu, ada golongan yang dinamakan ‘ulama jahat’. Maka, hormati golongan agama dengan kadar-kadarnya, namun jika ada pandangan atau tindakan mereka melampaui batasan kebenaran dan ilmu, kita akan menyanggahi atau berbeza dengannya tanpa perlu mengukur kadar ‘gelaran’ atau berat serban, atau labuh jubah yang dipakai.
Masyarakat Islam Malaysia hari ini antara masyarakat yang agak berharta. Maka, ramailah yang datang dari dalam negara dalam luar menonjolkan berbagaikan kelebihan agama yang sebahagian mereka mempunyai agenda ‘wang besar’ ke atas kita. Cerita-cerita keajaiban kiyai itu dan ini mula kedengaran. Kehebatan jampi dan air liur tok guru itu dan ini mula dipromosikan. Ramai yang menjadi kaya kerananya. Jika ini tidak dibendung, ia akan menjerumuskan masyarakat kita kepada minda khurafat, bukan minda kewarasan dan ilmu.Pengajarannya,usahlah taksub atau ikut membuta tuli akan kita kepada guru kita.kita juga haruslah berfikiran waras di dalam menilai sesuatu pendapat yang dikeluarkan mereka.

Wednesday, 23 May 2012

cIRI PEMIPIN ISLAM

Ciri pemimpin pilihan Muslim Sejati

>>Pemimpin yang adil dan saksama kepada rakyatnya.
>>Pemimpin yang petah berpidato
>>Pemimpin yang menunaikan janjinya
>>Pemimpin Yang lantang membela Islam
>>Pemimpin yang bersederhana walaupun menjawat jawatan Tinggi.
>>Pemimpin yang kerapkali solat Jamaah bersama Rakyat
>>Pemimpin yang tidak Makan Harta Rakyat
>>pemimpin yang  membangunkan rakyat dari semua aspek dunia dan akhirat.
>>Pemimpin yang pandai mengambil hati rakyat
>>pemimpin yang takut kepada Allah
>>Pemimpin yang mengamalkan syariat Allah
>>pemimpin yang tidak suka akan kemaksiatan.
>>pemimpin yang tidak suka memberi lesen kepada tokey kasino dan arak bertapak di negaranya.
>>pemimpin yang tidak redha akan rasuah dalam pentadbirannya.
>>pemimpin yang suka menyampaikan mengenai kebaikkan Islam
>>pemimpin yang senantiasa mengengatkan rakyatnya kepada kematian
>>Pemimpin yang senantisa menyuruh rakyatnya berfikir mengenai mukjizat Allah
>>pemimpin yang senantiasa turun padang
>>pemimpin yang Senantiasa mendoakan kesejahteraan rakyatnya.
>>>>BANYAK LAGI CIRI-CIRI PEMIMPIN  YANG DIGAZETKAN OLEH AL-QURAN DAN HADIS<<<<

Monday, 21 May 2012

Jika Aku tidak tegas,manusia akan rosak,maka aku terpaksa bercakap yang benar untuk menegakkan Ahli Sunnah-Imam Ahmad Bin Hanbal

.>>>>Inilah Pendirian tegas seorang ulama yang muktabar apabila disuruh memberi fatwa berkenaan Al-Quran sebagai makhluk atau pencipta.Imam Ahmad Bin Hanbal dengan tegasnya menjawab bahawa Al-Quran itu ialah kalamullah walaupun ulama-ulama yang berfahaman muktazilah amatlah berpengaruh.
Sifat seorang ulama sebeginilah kita harus ikuti dan amalkan bukannya sikap segelintir Mufti dek gila kuasa mengejar kepentingan dunia dari mengejar Islam yang hakiki.Sesuatu perhimpunan untuk menuntut keadilan serta ketelusan dalam pemilihan pemimpin tidaklah boleh dikatakan haram .Hal ini disebabkan oleh kerana sikap pemimpin yang tidak disenangi serta tidak membawa manfaat kpd ISLAM  haruslah di ganti dgn pemimpin yang lebih berjiwa ISLAM serta senantiasa menegakkan kebenaran di dalam kalangan rakyatnya..

Sunday, 6 May 2012

Nota buat Insan

Nota Buat Yang Bergelar Insan

Wahai tuhan yang Maha Agung,
Wahai tuhan yang memiliki kerajaaan langit dan bumi,
Kami insanmu yang lemah,
Insan yang kerdil,
Umat kepada kekasihmu,
Muhammad Bin Abdullah S.A.W,
Kami merindui baginda,
Kami merindui kepimpinan baginda,
Kepimpinan yang adil lagi bersih,
Kepimpinannya diredhai Allah Azzawajalla,
Kepimpinan yang mengikut syariatMu,
Hatta zaman beralih ke era globalisasi,
Islam hanya tinggal sebagai nama,
Banyak Masjid yang berdiri Indah,
Syariat Islam sudah ditinggalkan,
Kepemimpinan sekularisme mula menjalar,
Disaat ini Islam dipisahkan dari politik,
Disaat ini juga umat Islam sudah mula diperkotak-katikkan oleh tentera Al-Masih Dajal,
Zaman dahulu yang menjadi zaman keemasan Islam hanya tinggal sejarah di dalam Buku Teks,
Zaman itu sudah berlalu,
Ibu bapa disibukkan dengan dunia yang fana ,
Menjadi hamba abdi,
Hatta tanggungjawab dilupakan,
Anak-anak terlibat dengan dengan gejala sosial,
Uswah Rasulullah diabaikan,
Rela perjuang bangsa dari agama,
Dimanakah mulianya sesuatu bangsa kalau bukan kerana Islam,
Umar Al-Faruq pernah berkata,
Taktala menjadi pemimpin kepada umat Islam,
Kemuliaan kita hanyalah Islam,
Bukan kita mulia sebab Nabi Akhir zaman dari bangsa Arab,
Mutahir,Hasil korupsi dijadi rezeki,
Fitnah kalangan manusia semakin berleluasa,
Media menjadi pengantara,
Usah sebar berita sedemikian,
Kelak kalian akan dibaham neraka jahannam,
Ayuh ummah ulul Albab,
Ayuh kita bangun,
Bangun dari kejahilan,
Bangun Dari Kesesatan,
Kita semai jasa kepada agama Islam tercinta,
Agar Islam terus bersama,
Hatta sampai akhirat kelak.

Saturday, 28 April 2012

Tanggungjawab seorang pemimpin Islam



Tanggungjawab  seorang pemimpin



حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ



Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang peminpin negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (bukhary, muslim)



Penjelasan:

Pada dasarnya, hadis di atas berbicara tentang etika kepemimpinan dalam islam. Dalam hadis ini dijelaskan bahwa etika paling pokok dalam kepemimpinan adalah tanggun jawab. Semua orang yang hidup di muka bumi ini disebut sebagai pemimpin. Karenanya, sebagai pemimpin, mereka semua memikul tanggung jawab, sekurang-kurangnya terhadap dirinya sendiri. Seorang suami bertanggung jawab atas istrinya, seorang bapak bertangung jawab kepada anak-anaknya, seorang majikan betanggung jawab kepada pekerjanya, seorang atasan bertanggung jawab kepada bawahannya, dan seorang presiden, bupati, gubernur bertanggung jawab kepada rakyat yang dipimpinnya, dst.

Akan tetapi, tanggung jawab di sini bukan semata-mata bermakna melaksanakan tugas lalu setelah itu selesai dan tidak menyisakan dampak (atsar) bagi yang dipimpin. Melainkan lebih dari itu, yang dimaksud tanggung jawab di sini adalah lebih berarti upaya seorang pemimpin untuk mewujudkan kesejahteraan bagi pihak yang dipimpin. Karena kata ra ‘a sendiri secara bahasa bermakna gembala dan kata ra-‘in berarti pengembala. Ibarat pengembala, ia harus merawat, memberi makan dan mencarikan tempat berteduh binatang gembalanya. Singkatnya, seorang penggembala bertanggung jawab untuk mensejahterakan binatang gembalanya.

Tapi cerita gembala hanyalah sebuah tamsil, dan manusia tentu berbeda dengan binatang, sehingga menggembala manusia tidak sama dengan menggembala binatang. Anugerah akal budi yang diberikan allah kepada manusia merupakan kelebihan tersendiri bagi manusia untuk mengembalakan dirinya sendiri, tanpa harus mengantungkan hidupnya kepada penggembala lain. Karenanya, pertama-tama yang disampaikan oleh hadis di atas adalah bahwa setiap manusia adalah pemimpin yang bertanggung jawab atas kesejahteraan dirinya sendiri. Atau denga kata lain, seseorang mesti bertanggung jawab untuk mencari makan atau menghidupi dirinya sendiri, tanpa mengantungkan hidupnya kepada orang lain

Dengan demikian, karena hakekat kepemimpinan adalah tanggung jawab dan wujud tanggung jawab adalah kesejahteraan, maka bila orang tua hanya sekedar memberi makan anak-anaknya tetapi tidak memenuhi standar gizi serta kebutuhan pendidikannya tidak dipenuhi, maka hal itu masih jauh dari makna tanggung jawab yang sebenarnya. Demikian pula bila seorang majikan memberikan gaji prt (pekerja rumah tangga)  di bawah standar ump (upah minimu provinsi), maka majikan tersebut belum bisa dikatakan bertanggung jawab. Begitu pula bila seorang pemimpin, katakanlah presiden, dalam memimpin negerinya hanya sebatas menjadi “pemerintah” saja, namun tidak ada upaya serius untuk mengangkat rakyatnya dari jurang kemiskinan menuju kesejahteraan, maka presiden tersebut belum bisa dikatakan telah bertanggung jawab. Karena tanggung jawab seorang presiden harus diwujudkan dalam bentuk kebijakan yang berpihak pada rakyat kecil dan kaum miskin, bukannya berpihak pada konglomerat dan teman-teman dekat. Oleh sebab itu, bila keadaan sebuah bangsa masih jauh dari standar kesejahteraan, maka tanggung jawab pemimpinnya masih perlu dipertanyakan.

Thursday, 26 April 2012

Cinta Allah,Cinta nabi @Cinta teman Special????


::BERCINTA SAMPAI SYURGA::


Jika berbicara pasal cinta, pasti ramai yang ingin memberikan pandangan. Jika dikaitkan pula antara remaja dan cinta….Ahh...TIDAK….tidak apa? Tidak dapat dielakkan…. Kisah suka duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair. Rasa itu berubah menjadi bait-bait lagu yang indah. Habis semua ciptaan Allah dijadikan metafora dan analogi dalam penciptaan lagu. Tidak cukup dengan itu, jika putus cinta, lahir pula luahan perasaan yang menyusuk kalbu menceritakan kekecewaan yang teramat pahit untuk ditelan. Tidak percaya? Cuba teliti lirik lagu ini………..
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Namun, tulisan kali ini bukanlah untuk menceritakan kisah keasyikan bercinta atau kecewa bercinta, tetapi nak memahami hieraki cinta. Sebelum kita melafazkan cinta kepada seseorang, siapa harus kita cintai dulu? Siapa yang layak menerima cinta kita? Jika kita mengikut hieraki ini, cinta itulah yang boleh dibawa hingga ke syurga….

Bersempena sambutan maulidur rasul ini, ingin saya mengajak diri sendiri dan anak didik semua memahami hieraki cinta. Cinta kedua paling agung selepas mencintai Allah SWT ialah cinta kepada Rasulullah….
Bagaimana kita nak mencintai Rasulullah SAW? Terdapat banyak cara. Antara yang paling mudah ialah berselawat ke atas nabi. Seperti sabda nabi SAW: barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat – Thabrani

Keduanya, mengamalkan sunah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Seperti dalam hadis :"Barang siapa yang menghidupkan sunahku, sungguh ia cinta padaku dan barang siapa yang cinta
kepadaku, maka ia akan disyurga bersamaku. (HR. Imam Bukhari dan Muslim).
Selain daripada itu menyampaikan ilmu yang diperolehi untuk manfaat umum. Tugas ini ialah amanah kita sebagai khalifah di muka bumi ini…dan tugas menyampaikan risalah nubuwwah ialah usaha kita menyambung perjuangan nabi menyebarkan islam.

Kita juga harus menjadikan Rasulullah sebagai ikutan yang baik. Firman Allah S.W.T yang bermaksud “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(Surah Al-Ahzaab: ayat 21)
Kenapa kita perlu mencintai Rasulullah?
Sebab kita nak bersama nabi di syurga. Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Untuk itu, mencintai Rasulullah menjadi prasyarat untuk bersama baginda di syurga. Selain itu juga, kita akan disayangi oleh Rasulullah sekiranya rajin mengamalkan sunahnya, mencintai dan menjadikan Rasullullah sebagai contoh ikutan. Tidakkah kita ingin bersama nabi di syurga? Maka marilah kita semaikan cinta kepada Rasullullah agar wujud perasaan
BERCINTA SAMPAI SYURGA……….

Peranan Remaja Islam


PERANAN REMAJA DAN CABARANNYA ..


"Remaja tonggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok" dan "Pemuda harapan bangsa" adalah sebahagian ungkapan yang sering kita dengar tentang remaja.Ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh golongan remaja, baik lelaki mahupun perempuan.Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu. (riwayat Bukhari)

Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah para remaja. Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.

Pandangan serong masyarakat masa kini menyebabkan remaja kian menyepi dari kehidupan masyarakat yang disini terdiri daripada warga tua.Tafsiran mendidik anak seperti orang tua terdahulu tidak boleh digunapakai lagi.Hal ini, remaja masa kini sedang diancam keganasan era globalisasi serta era budaya barat yang kian menular dalam kehidupan masa kini.Kita mungkin lihat banyak wanita memakai tudung tetapi tudung yang dipakainya masih menampakkan rambut. Tambahan lagi,wanita yang memakai tudung ini diperhuduhkan dengan fesyen budaya barat yang menampakkan susut dubur serta buah dada mereka.Remaja lelaki pula dilekakan dengan sukan yang ditaja oleh liga-liga barat .Meraka sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk melihat perlawan bola sepak walhal sangat liat untuk bangun untuk solat tahajjud dan berqiamullail.Selain itu, remaja dilekakan oleh sukan ini sehingga mereka terlepas waktu solat.

Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang tidak mencukupi didikan agama, mereka mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling juga akan turut sama musnah sedikit demi sedikit.Nasihat demi nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan. Semuanya untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya bersiap sedia dengan apa sahaja keadaan dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Apakah generasi kita benar-benar faham akan tanggungjawab mereka untuk mendambakan masa depan dengan desakan perubahan yang mungkin akan lebih drastik dan hebat?.Mereka juga seharusnya mengajak teman-teman seperjuangan mereka untuk bangun dan mersa lebih bertanggungjawab untuk menegakkan agama dan negara secara serentak.Hal ini persis ucapan Enstien yang bermaksud"Ilmu tanpa agama adalah buta".Kata ini bolehlah diqiyaskan atau disamakan dengan pemimpin yang jahil tentang agama ibarat pemimpin yang buta(maksudnya buta Hati@benak hati mereka). Sudahle nak pimpin orang tetapi tidak berupaya melihat cahaya kebenaran(Iaitu ISLAM).

Bersediakah mereka dengan apa jua keadaan yang akan berlaku?Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya.Apakah remaja hari ini menyedari bahawa mereka sedang melalui satu jalur perubahan yang semakin menjadikan mereka lupa kepada siapa mereka menyandarkan kerisauan dan keresahan mereka?Sedarkah kita bahawa generasi muda yang kita anggap sebagai penyambung warisan kita turut terkeliru dalam pengertian sebenar kehidupannya?

Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang betul untuk menjadi individu cemerlang dan bukan sahaja berguna kepada diri sendiri, malah juga kepada agama, bangsa dan juga negara.Oleh hal yang demikian,remaja perlulah mendekatkan diri dengan para ulama,menyertai aktiviti yang diadakan di Masjid atau Surau,serta menyemai aqidah Islam yang kuat di dalam hati.Aqidah adalah akar keimanan yang paling utama di dalam Islam.Aqidah bermaksud kepercayaan. Kalau remaja masa kini percaya dengan wujudnya Allah, mestilah tidak akan berlaku masalah sumbang mahrah, zina di bilik tetutup(hotel@asalkan arang tak nampak) dan Kecuriaan..

Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi. Remaja harus membuktikan bahawa mereka mampu mengiringi arus globalisasi yang kian rancak mendominasikan nilai  keagamaan dan kemanusiaan.

Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang boleh merencatkan pembangunan bangsa. Dengan itu, didikan perlu diberi sebelum mereka mencapai tahap umur yang dipanggil remaja.

Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-masing walau dalam apa jua keadaan. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar.

Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Sebagai abang, kakak, adik, kawan, jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.

Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.Remaja memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa.Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.

Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan landskap negara masa depan. Sebagai akhir kalam , saya ingin menyeru khususnya kepada institusi keagamaan di setiap Masjid dan surau supaya buat program khas untuk remaja.Terapkan semangat Usrah(keluarga) yang mampan agar remaja tidak terpesong jauh dari landasan illahi.Sekian Wassalamualaikum.

Ya Allah,kau bangunlah daripada kalangan remaja masa kini seorang pemimpin seperti kepemimpinan KHULAFA Ar-Rasyidin,Khalifa Umar Bin Abdul Aziz,Khalifa Harun Ar-Rasyid Sera Sultan Muhammad Al-Fateih.Moga Allah tegakkan Daulah Islamiah...Amin Ya Aziz....

Sunday, 22 April 2012



Peta Laluan Sutera


Laluan Sutera atau Jalan Sutera ialah sebuah rangkaian laluan perdagangan di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, dan juga Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah. Pada zaman sekarang, Laluan Sutera merujuk kepada laluan-laluan utama di darat dan lautan sekitar benua-benua tersebut.
Orang pertama yang menggunakan istilah "Seidenstraße(n)" atau "Jalan Sutera", ialah seorang ahli geografi berbangsa Jerman bernama Ferdinand von Richthofen pada tahun 1877. Laluan Sutera dinamakan sempena perdagangan sutera yang meluas di China, salah satu punca laluan-lauan perdagangan terawal dihubungkan menjadi rangkaian antara benua yang meluas.



Kain tenunan sutera dari Makam No. 1 di Mawangdui, Changsha, wilayah Hunan, China, abad ke-2 SM, Dinasti Han
Laluan Sutera bukan sahaja merupakan saluran perdagangan sutera, bahkan juga berbagai-bagai barangan lain. Laluan ini menjadi pemangkin kegiatan pertukaran kebudayaan dan teknologi yang menghubungkan para pedagang, saudagar, penziarah, mubaligh, tentera, puak nomad dan penduduk bandar di negara China, India, Parsi dan Mediterranean selama 3,000 tahun.
Rangkaian sepanjang 4,000 batu ini membolehkan manusia mengangkut barang dagangan, khususnya barang-barang mewah seperti hamba abdi, sutera, satin dan pelbagai jenis kain halus yang lain, kesturi, wangian lain, rempah dan ubat-ubatan, permata, barang kaca dan rubarb, di samping dijadikan saluran utama untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, fahaman, falsafah, budaya, dan juga penyakit ke merata dunia (China, India, Asia Minor dan Mediterranean). Kegiatan perdagangan sepanjang Laluan Sutera ini merupakan faktor terpenting yang memacu pembangunan tamadun agung di China, India, Mesir, Parsi, Tanah Arab, dan Rom, serta ada kalanya mendirikan asas untuk pembangunan dunia moden. Walaupun nama "Laluan Sutera" membayangkan perjalanan tanpa henti, namun hanya sebilangan kecil orang yang pernah melaluinya dari hujung ke hujung. Lazimnya, barang-barangan diangkut oleh sekumpulan ejen di pelbagai laluan dan diperdagangkan di pasar saudagar yang kesibukan di bandar oasis.
Kawasan laluan perdagangan di Asia Tengah diluaskan sekitar 114 SM oleh kerajaan Dinasti Han,khususnya hasil misi dan penerokaan seorang duta bernama Zhang Qian, di samping laluan perdagangan terawal yang sudah lama wujud di rentas benua. Pada penghujung Zaman Pertengahan, perdagangan antara benua melalui rangkaian Laluan Sutera merosot kerana kebangkitan perdagangan laut.

Isu Amalan Duduk di Atas Kubur(Keputusan Majlis Fatwa P.Pinang)


ISU HUKUM AMALAN DUDUK DI ATAS KUBUR

Keputusan:
Mesyuarat telah memutuskan isu hokum duduk diatas kubur adalah seperti berikut:-
1. Mesyuarat memutuskan bahawa amalan duduk di atas kubur adalah diharuskan
iaitu kawasan tepi kubur yang tidak ada mayat dibawahnya.
2. Mesyuarat juga memutuskan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang
bermaksud:- Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasullah bersabda “Jika kamu
duduk di atas bara api, lalu terbakar baju dan kulitmu,itu adalah lebih baik
bagimu daripada duduk di atas kubur.” Hadis ini bermaksud,melarang umat
Islam membuat sesuatu perkara yang tidak baik diatas kubur seperti
membuang najis dan sebagainya, Rujukan di dalam kitab ( I’anah thalibin ) m/s
121:haram duduk di atas kubur adalah bermaksud membuang najis di atasnya.
Juga diterangkan di dalam riwayat Ibni Wahbin dalam musnadnya yang
dimaksudkan dengan duduk di atas kubur ialah membuang air kecil atau besar.
3. Dalil dan hujah yang mengharuskan duduk di atas kubur (tepi kubur yang tidak
ada mayat di bawahnya) seperti berikut:
Dalil dari Hadis-hadis Rasullah s.a.w:
حد ثنا عبد ال بن ممد حد ثنا أبو عا مر حدثنا فليح بن سليمان عن بلل بن علئ عن أنس بن
مالك رضى ال عنه قال (شهدنا بنتا لرسول ال صلى ال عليه وسلم قل ورسول ال صلى ال
عليه وسلم جالس على القب قال فرأيت عينيه تدمعان قال فقال:هل منكم رجل ل يقارف
......الليلة؟ فقال أبو طلحة: أنا.قال : فانزل.قال فنل ف قبها
( (فتح البارى,الزء الثالث,داو الفكر,ص 151
Maksudnya:Kami hadir di pengkebumian anak perempuan Rasulullah s.a.w.Baginda duduk di
atas kubur dan aku melihat air matanya berlinang sambil bersabda: adakah di antara kamu
yang tidak jima’(melakukan persetubuhan) malam tadi?Abu Talhah menjawab:saya,Sabda
Rasulullah s.a.w: Engkau turunlah kedalam kuburnya.Lalu Abu Talhah turun dan
mengebumikannya….
حدثنا عثمان قال حدثن جرير عن سعد بن عبيدة عن أب عبد الرحن عن على
رضى ال عنه قال "كنا ف جنازة ف بقيع الغرقد,فأتانا النب صلي ال عليه وسلم
فقعد,وقعدنا حوله,ومعه مصرة,فنكس فجعل ينكت بخصرت
( (فتح البارى,الزء الثالث,دار الفكر,ص 225
Maksudnya: kami menghadiri (perkebumian) satu jenazah di Baqi’qarqod(nama kawasan
perkuburan di madinah) dan Nabi s.a.w dating kepada kami lalu Baginda duduk dan kami
pun duduk di sekeliling Baginda. Baginda membawa bersamanya sebatang tongkat lalu
baginda memalingkannya dan menggariskan tanah dengan tongkat…..

Saturday, 21 April 2012

Nasihat Imam Malik




Nasihat Imam Malik Bin Anas


1. Ilmu itu adalah agama. oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.
2.Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata.Sekiranya kamu syak diantara dua perkara, maka ambillah yang lebih menyakinkan.
3. Apabila seseorang itu memuji dirinya, maka hilanglah kebijaksanaannya.
4.Orang yang menuntut ilmu agama pastilah dia warak, bersikap tenang dan takwa.
5.Maka sepatutnya dia memelihara maruahnya dengan pakaian yang baik bagi menuntut ilmu.
6.Suka kepada Dunia adalah mencari keuntungan degan memendekkan cita-cita.
7.Apabila seseorang itu tidak membuat baik kepada dirinya sendiri,maka di juga tidak baik disisi manusia.

(Fikir-fikirkan,selamat beramal...)

Insan Istimewa yang membawa derita sebelum berjaya.

Raja Shamri (Motivator Istimewa)



Begitulah Ucapan daripada Abang Raja iaitu seorang motivator yang pernah dijemput ke sekolah saya untuk program Motivasi Pelajar SPM dan  STPM. Sedih sungguh dengar cerita Abang Raja.Walaupun dia seorang yang kurang upaya serta datang dari keluarga yang sangat miskin tetaapi dia berjaya di dalam hidupnya.Abang Raja pernah berkata di dalam motivasinya,"walaupun saya dipandang hina ,pernah dikutuk rakan kerana kekurangan dan dipandang rendah oleh guru,saya tetap mahu teruskan belajar untuk lihat ibu dan ayah saya tersenyum gembira melihat kejayaan saya",huh besar sungguh cita-citanya.Maha suci Allah yang mencipta manusia itu dengan sebaik-baik kejadian walaupun cacat  tetap punyai keistimewaan bahkan lebih elok dari manusia sempurna....Masyaallah.

Sunday, 15 April 2012

Wajib tutup aurat,,,bukan memaksa tapi Suruhan tuan empunya manusia.




Tutup Aurat itu wajib bagi sesiapa yang mengucap kalimah syahadah

 surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.

Mutahir ini, saya sering melihat insan-insan yang bergelar Islam memandang enteng akan aurat mereka.Mereka lebih mengutamakan fesyen daripada tuntutan Islam.Islam juga tidak melarang penganutnya berfesyen,tetapi agak-agak le sampai fesyen yang dipakai itu terlampau seksi dan syariat Islam dilanggar.Selain itu, Wanita muslimah hari ini saya nak tegur sikit tentang cara anda bertudung.Pakailah tudung yang labuh serta dapat menutup dada anda supaya insan bergelar lelaki disana tidak teransang dengan anda.

Sunday, 8 April 2012

Ganjaran berganda bagi mereka yang bersabar

"mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka,"-Surah Al-Qasas Ayat 54
"sesungguhnya hanya orang yang bersabar dicukupkan pahala mereka tanpa batas."-Surah Az-Zumar ayat 10













Bahaya Syirik


Rasulullah Bersabda yang bermaksud: " Allah berfirman:'Aku tidak memerlukan sekutu. sesiapa yang melakukan satu amalan yang dalamnya ia menyekutukan Aku selainKU,maka aku meninggalkannya beserta sekutunya,"
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Friday, 6 April 2012


Keputusan SPM 2011 SMTSPP
Congratulations teachers! 100% for BM(1.34) ,BI(5.04) ,PI(2.03) ,SEJ(2.61) ,PM(3.0),MM(1.68) ,PKA(4.14), PKE(3.90) and PHY(5.57). Peningkatan GPMP pula bagi AM(6.06),LK (4.24) ,CHEM (6.71) dan PKM4.47). Alhamdulillah.

Thursday, 5 April 2012


Sekarang barulah kita tahu kenapa Hitler tidak bunuh Yahudi sepenuhnya.Sebabnya ialah dia ingin menunjukkan kepada dunia kekejaman yahudi laknatullah yang bermaharajalela membunuh jutaan umat Islam di Palastine.

Pemula Blog

Tiada yang indah selain nama-nama Allah yang indah.Dialah RAJA dialah Yang MENGUASAI serta dialah yang MEMILIKI seluruh alam cekerawala.Tiada yang  lebih  berkuasa selain dia.Lebih Berkuasa daripada Raja yang berdaulat,pemimpin yang diktaktor dan makhlukNya yang kerdil.Subnallah,Maha Sucimu Ya Allah.